mangga

Followers

Friday, December 11, 2009

kenapa perlu buat BLOG???


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,


Tahukah anda blog semakin diminati dan popular sehinggakan ada blogger yang disaman?? Blog juga mendapat liputan meluas di media massa dan dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pilihanraya ke 12 di Malaysia.

Ramai pula yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya mempunyai blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affliate, iklan dan google adsense di blog mereka.  Paparan di akhbar tempatan berikut adalah bukti blog semakin diminati dan dikatakan setanding dengan media elektronik yang lain.



blog boleh menjana pendapatan



blog semakin hangat..

adakah anda hanya berdiam diri sahaja?

Mengapa anda perlu memiliki Blog ?


Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.
Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat.


 Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya olh ramai orang!


Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!


Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..


visit smocx:design official website:


No comments:

Post a Comment

you also might like this:

Related Posts with Thumbnails