mangga

Followers

Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Jumaat Ini



gerhana bulan


PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- 
Fenomena gerhana bulansepara dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15Muharam 1431H 
bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi 
waktu tempatan.






Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hariini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi danmencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.


"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yangjelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumiiaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataanitu.


Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikansolat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengankhutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulanitu.


Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010,orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadiitu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan diMasjid Negara.


"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim danAgensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimananmasyarakat Islam," kata Jakim.









visit smocx:design official website:


No comments:

Post a Comment

you also might like this:

Related Posts with Thumbnails