Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah
SHAH ALAM - Pengarah Pejabat Pengurusan Program di Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) mulai kelmarin dan akan memulakan tugas esok.
Beliau dilantik menggantikan Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang menamatkan perkhidmatannya pada Khamis lalu selepas sembilan tahun memegang jawatan itu.
Jabatan Korporat UiTM dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, surat pelantikan diserahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Sahol Hamid Rabu lalu.
"Pelantikan bagi tempoh dua tahun itu adalah merupakan kali kedua anak jati UiTM dilantik menerajui universiti ini," kata kenyataan itu.
yay!!!aku org 1st comment...gudbye abu shah....see ya....sob2...
ReplyDelete