HELSINKI - Pegawai-pegawai pengangkutan Finland menyatakan sebuah kereta api merempuh sebuah hotel menyebabkan kerosakan berlaku tetapi tiada penumpang yang cedera.
Seorang pegawai yang bertugas dengan Pentadbiran Kereta Api Finland, Timo Saarinen berkata, kereta api itu terbabas menyebabkan ia merempuh Hotel Holiday Inn pada waktu pagi.
Menurutnya, brek kereta api itu gagal berfungsi menyebabkan kejadian tersebut berlaku.
Dia berkata, terdapat tiga krew di dalam kereta api itu semasa kemalangan berlaku.
Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini tetapi sebuah bilik persidangan hotel berkenaan rosak.
Semasa kejadian, bilik tersebut kosong manakala pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
visit smocx:design official website:
No comments:
Post a Comment